Monday, October 5, 2015

JeReBu

Jerebu yg agak kuat di area umah ni start semlm lg 3 Okt (Sabtu). Tp IPU kat sini tak tinggi sgt laa.

Hari ni p sekolah, dlm kul 7 am tu hujan. Hujan yg agak2 lebat jg. Lps pada hujan tuu, Ummi Nampak jerebu tetap ada, tak hilang walaupun dah hujan lebat sebelum tu. Hari ni start lps hujan tu mmg Ummi kalut la duk cek tgk keadaan jerebu nii. Krn berasa jerebu ni teruk skit dari hari2 sebelum ni. Sibuk duk search kat internet brp IPU Kedah. tp tak jumpa2 nye indeks tuu duk kat mana tatau la. Sementelah plak budak2 sekolah ni yg minat nauuu 'bakar nyamuk' jd mcm confuse plak betul ker jerebu kuat ker sbb geng 'bakar nyamuk' tuu.

Dipendek citer... bla bla blaa.. katanya akan ada pengumuman drp Menteri Pendidikan iaitu Dato'Sri Mahawangsa Mahadzir Khalid (hrp tak salah eja namanya - jap lg Ummi double check). Katanya jam 11.30am nak umum. Tp jam 11.30 tu takde pun apa2 pengumuman. Hingga la jam 12.45pm ayah Hus hantar WA screenshot pengumuman dr Menteri....

itu antara berita yg diviralkan selepas pengumuman Dato' Menteri. Jadi bermula cuti 2 hari mulai ptg hari 4Okt  - 6 Okt...

**Ejaan Salah Dato'Menteri di Sri sepatutnya Seri..

Friday, October 2, 2015

Silap pintu

Ayoyo ... selepas kembali mengaktifkan diri dgn tulisan di blog, hari ni baru  ku  buka blog yg satu lagi ni. Yakni yg ni..Baru kuperasan bahawa post2 kusebelum dlm blog ni adalah silap. Sepatutnya blog yg ni Khas utk hal2 sekolah yakni yg berkaitan dengan kelas khasku terutamanya dan hal2 persekolahan secara umum. Takpe la yg dah lepas tu biarkan la. Lepas2 ni kuakan masuk ikut pintu yg betul.

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan al-Mubarak

Salam ramadhan 1432H. Hari ni umat Islam telah menjalani ibadah puasa selama 25 hari. Bermakna hari 25 Ramadhan bersamaan 25 Ogos 2011. Dan aku tidak dpt menunaikan puasa atas sebab bersalin. Antara sbb-sbb yg layak utk tidak berpuasa. Kalo berpuasa pun takde pekdah jg. Jd maknanya sudah 23 hari aku tak berpuasa. Dlm perkiraan aku, sebyk 27 hari aku kena qada' pose youuu. Bila nak ganti tuu?Plan ku... sesudah aku suci bersih akan ku ganti terus. Utk elak rasa malas saat akhir. Tp takde laa direct 27 hari.Kalo dpt buat, Alhamdulillah

Monday, March 22, 2010

Persiapan 2

Bila kenduri kawin nii banyak ler persiapan yg nak kena settle. Nii gambo2 persiapan yg aku snap. Sebenarnye dah lama menyenep tp tak sempat nak update blog jer









Deco start...




Kak Azza & Abg Nuar tgh pulun menyiapkan deko tangga pd sabtu mlm iaitu mlm majlis kenduri.



gift utk guest... fiqa & 'ain. mmm... leh hrp juge anak daraku ini :)))








Sentuhan terakhir ....
Pengantin sibuk menyiapkan gift utk rombongan pengantin lelaki dan kwn2 nyer.

Friday, February 26, 2010

Preparation

Start malam tadi, aku dah mula membungkus gula2 utk kenduri kawen Neza. Dapat laa bungkus skit, dalam 20 bgkus kot. Maklum laa, mcm2 gangguan yg ado. Anak2 ku cayang, plus diriku sendiri yg sebok berONline niii. Menjadikan kerja membungkus tuu very the slow laa. Skang nii time menaip di blog nii, dlm pada waktu yg sama aku membungkus gula2 tuu. Niii antara gambar2 yg sempat aku snap mlm td...














nii plak, plastik pembungkus / bekas nak letak gula2. Yg color purple tuu adik Faizah yg bagi. Lebihan kenduri dia dulu. So nak tanya empunya majlis laa, sama ada nak guna ker tak.

Tukar lagi

Malam tadi, aku tukar background blog nii lagi. Dah boring dgn background sebelum nii. Sebelum background pink nii dipilih, ada beberapa lagi yg aku try and reject. Wahh... zalim plak bila kata reject tuu. Sebetulnya, background2 yg dah try tuu bukan tak cantik. Tapi tak berapa nak sesuwei plak. Tak sesuwei sebab, bila choose yg tuu menyebabkan tulisan entry aku jadi blurr. Aku pun bukannya rajin nak edit color font tuu semua. Jadi jln terrrrbaik, elok laa cari background yg tak menyusahkan aku yg tak berapa nak rajin nii.

Tuesday, February 16, 2010

Penemuan

Hari nii... actually tarikhnya 15 Feb 2010. Tp disebabkan aku menaip post nii dah masuk kul 12am, maka dah jadi 16 Feb... Apa yang aku buat? Aku menukar background blog. Tapi bukan blog nii, blog yg satu lagi tuu http://huuruns.blogspot.com. Hari nii aku saja2 search web/blog free background for blogspot. Maka terjumpa laa web nye. Actually, web background nii mmg dah sedia maklum yg satu nii (yg aku tgh guna skang ni laa.. tuu dia kat atas belah kiri tuu, cuba tgk. Cakkk!) Aku saje laa nak cari yg lain plak. Yg dah jumpa nii, ada laa byk. Yg berkenan dan mcm mudah mcm yg sedia ada nii ialah http://simplyblogitbackgrounds.blogspot.com. Jadi boleh laa sapa2 nak teringin nak tukar background tuu try yg nii plak.
Sedikit sahaja cerita aku, sbb nak Zzzz. Esok (ekceli hari nii 16/2) nak balik Kota Bharu selama 3 hari jah.

About Me

My photo
Aku ummi kepada dua orang cahaya mata perempuan, seorang laki, suamiku Faiz, anak mama&papa Che Azizah& Ismail, kakak sulung tiga adik, Pora, Neza & Fiqa

Keluarga Bahagia... Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat Kami

Followers